Monday, August 3, 2009

dia yang istimewa

hari ini, saya ke surau bersama ibu...kami berjemaah untuk solat isyak.
selepas selesai solat isyak, sementara imam membaca doa, saya memerhatikan gerak geri jemaah lelaki... oh ya, kain pemisah antara jemaah lelaki dan perempuan jarang....sebab tu la boleh tengok...hehe..

tiba-tiba, bidin(bukan nama sebenar) berusia 30 tahun, melangkah masuk dengan laju, berdiri dan terus mengangkat takbiratul ihram...selang beberapa saat..bidin rukuk, dan terus sujud, dan kemudian, dia mengikut tertib solat yg seterusnya dengan masa hanya beberapa saat..bukan minit tauu...saat!! selesai 2 rakaat, dia terus memberi salam, dan bangun berlari keluar dari surau...hmmm pelik..

papa kata, bidin ni istimewa, satu kawasan perumahan kami nih kenal dia.. ada satu restaurant berdekatan dengan kawasan perumahan kami merupakan tempat dia makan pagi, tengah hari dan malam... ayah bidin buat bayaran bulanan kat owner restaurant tu,supaya senang bidin datang makan... yelaa..dia kan istimewa, datang kedai, order saja, lepas makan terus balik tanpa buat bayaran...oh ya,bidin dah tak ada mak, dia tinggal dengan ayah...

bidin selalu juga merayau-rayau dengan basikal keliling kawasan perumahan, tapi sebaik sahaja azan, dia pasti menjadi salah seorang yang akan bersembahyang di surau...walaupun dia rajin ke surau, jemaah surau tidak pernah mengendahkan bidin, setiap kali solat, bidin akan disuruh ke saf yang paling belakang,bidin tak pandai sembahyang dengan betul dan mungkin juga sebab dia cacat akal fikiran menyebabkan jemaah surau yang lain tidak mahu dia berada satu saf dengan mereka... hmmmm..kesian bidin.

semangat bidin untuk menunaikan solat di surau patut di contohi oleh semua yang mempunyai akal fikiran yang sempurna...marilah berjemaah di surau..best tau!!..hehe...semoga bidin sentiasa dilindungi...dia seorang yang istimewa... :)


6 comments:

PeaceForc3s said...

wah! penuh makna..moga2 bidin sentiasa dirahmati allah hingga ke akhir hayat..amin..

ms.d said...

mr.f,

yer..memang penuh makna...so ape lagi? jom la ke surau....hahahah

nurulbokhari said...
This comment has been removed by the author.
nurulbokhari said...

dia yang istimewa.. ingatkan refer to yang istimewa di hati kamu..hahaha
tapi kan sha.. kat kampung saya pon ada yang istimewa macam ni.. awak bleh refer blog mak saya untuk cerita lanjut..

ms.d said...

uder,

hehehe istimewa di hati tak bleh nk expose sangat...haha

Anonymous said...

bidin adalah orang yang disebutkan dalam kitab, yg dipandang rendah semasa di dunia, tetapi diangkat tinggi darjatnya di hari akhirat.